Tentang Kami

Festival Sastera Kanak-kanak

Festival Sastera Kanak-Kanak 2016 (FSK 2016) dianjurkan oleh Kota Buku, dengan kerjasama agensi-agensi awam dan swasta yang berkongsi matlamat memupuk semangat membaca dan berkarya dalam kalangan generasi muda. FSK 2016 merupakan kali ke-4 festival ini dianjurkan semenjak diperkenalkan pada tahun 2012.

Bertemakan “Meraikan Kepelbagaian Dalam Sastera Kanak-Kanak,” FSK 2016 berlangsung dari 30 Mei sehingga 2 Jun 2016, di Parkson Maju Junction Mall dan taman tema pendidikan Little Kingdom. Sepanjang acara, para pengunjung kecil serta dewasa berpeluang mengenali dunia sastera kanak-kanak dan mengikuti pelbagai aktiviti yang telah dirancang.

Pengenalan

Kota Buku telah melaksanakan Festival Sastera Kanak-kanak (FSK) tiga siri bermula pada 2012, 2014 dan 2015.

FSK juga telah memberikan tema yang berbeza setiap tahun dengan kerjasama pelbagai agensi swasta dan kerajaan.

Konsep FSK yang menyatukan elemen Interaktif, Kebudayaan, Bengkel dan Jualan telah memberikan impak yang positif kepada kanak-kanak dan mereka yang terlibat secara langsung dengan kegiatan perbukuan kanak-kanak.

Pengunjung FSK telah meningkat dari 8,000 pada tahun 2012, 10,000 pada tahun 2014 dan 20,000 pada tahun 2015. Kehadiran pengunjung daripada pelbagai kategori umur.

Hebahan FSK melalui media massa dan laman sosial meningkat dengan pulangan pelaburan untuk media bernilai RM 200,000.00 pada tahun 2012, RM 1 juta pada tahun 2014 dan RM2.5 juta pada tahun 2015. FSK telah mendapat “top ten trending” di Twitter selama 4 hari berturut semasa FSK 2015.

Festival Sastera Kanak-kanak

FSK 2016 akan dianjurkan oleh KB dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, agensi kerajaan berkaitan dan syarikat swasta.

 

Tarikh FSK 2016 dicadangkan pada 30 Mei hingga 2 Jun 2016 bertempat di Parkson Mall Maju Junction dan Little Kingdom. FSK 2016 akan  beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.        

Antara objektif penganjuran FSK 2016 adalah seperti yang berikut:

1.Membuka peluang untuk peserta yakin untuk berkomunikasi, berkolaborasi, kreatif dan kritis        berpandukan tema

2.Menghimpunkan karya asli dalam bentuk cerita, penulisan, puisi dan skrip kanak-kanak

3.Menjalankan aktiviti interaktif untuk mengembangkan potensi kreativiti kanak-kanak

Kanak-kanak , guru dan ibu bapa, orang kurang upaya. Sasaran pengunjung  ke FSK 2016 adalah 50,000 orang sepanjang festival. Capaian optik akan melibatkan 800,000 pelajar di Lembah Kelang, 1.6 juta orang dewasa  dan 1 juta pelajar  serta 2 juta orang dewasa di luar Lembah Kelang seperti Negeri Sembilan, Melaka, Perak Utara dan Pahang.

Peningkatan Jumlah Pengunjung FSK

  • 2012 32%
  • 2014 40%
  • 2015 80%

ROI Media FSK

  • 2012 0.83%
  • 2014 33.33%
  • 2015 83%

Aktiviti-aktiviti utama sepanjang FSK 2016 juga menjanjikan keriangan untuk pengunjung-pengunjung muda dan ahli keluarga mereka. Antara aktiviti yang menanti di FSK 2016 ialah:

Bengkel Pengkaryaan Kanak-Kanak

Bertemakan “Kembara Sastera,” peserta berpeluang mengasah bakat dalam puisi ‘Spoken Word’ dalam Bahasa Inggeris, dan juga versi Bahasa Malaysia, dikenali sebagai Ungkapan Kata. Pengembara juga akan belajar menghasilkan buku ‘Pop-Up’ dan melaksanakan Kembara Juadah Misteri di Parkson Foodpark. Seramai 100 kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 10-11 tahun akan dipilih untuk menyertai bengkel pengkaryaan ini.

Fiesta Sastera

Dikelolakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Fiesta Sastera mengetengahkan program yang bertujuan untuk memartabatkan sastera kanak-kanak Malaysia ke tahap yang lebih tinggi serta memupuk semangat cintai sastera di kalangan ibubapa dan penjaga yang berperanan sebagai pemangkin minat membaca anak-anak mereka.

Jualan Buku

Penerbit buku kanak-kanak akan membuat promosi dan jualan sempena FSK 2016. Guru dan ibu bapa berpeluang untuk membuat pilihan buku kanak-kanak yang sesuai pada harga yang istimewa.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda di FSK 2016, untuk meraikan keriangan sastera tempatan dan antarabangsa untuk pembaca-pembaca muda.


Sertai FSK 2016 Sekarang!

Pendaftaran