Spoken Words

Ungkapan Kata dan Spoken Word

Speak Up! (Bahasa Inggeris) dan Ungkapan Kata (Bahasa Melayu) merupakan bengkel-bengkel ‘spoken word’ yang menggunakan ‘poetry slam’, iaitu struktur acara pertandingan antarabangsa dalam mendeklemasi puisi. ‘Spoken word’ merupakan kaedah menghidupkan sastera secara lisan dengan menggunakan teknik kawalan suara, irama, gaya persembahan yang meyakinkan serta drama. Bengkel ini bertujuan membantu peserta menyelami jati diri dan menekan kepentingan kemahiran berkomunikasi, sambil menggalakkan peserta mencari dan meluahkan gaya individu masing-masing sambil menggarap isu-isu sosial di sekeliling mereka. Para peserta akan belajar asas menulis puisi khusus untuk dipersembahkan di atas pentas, dan kemudian akan mengolah puisi tersebut untuk dipersembahkan secara individu atau berkumpulan.


Nur Farhana Abdul Wahid merupakan seorang pensyarah Pendidikan Awal Kanak-kanak di Universiti Selangor (UniSEL) dan sukarelawan untuk Teach For The Needs Malaysia. Beliau pernah mengambil bahagian dalam pelbagai acara jalanan terbuka sebagai fasilitator aktiviti mencipta buku untuk kanak-kanak. Kini sedang bergiat menulis lagu dan buku cerita kanak-kanak.


Illya Sumanto adalah seorang pemuisi ungkapan kata dan pendidik dalam bidang drama, khususnya dalam mendidik anak-anak muda. Beliau merupakan orang kanan Poetry Cafe KL dan berpengalaman menulis skrip teater. Sumbangan beliau sebagai penulis dan pengarah teater kanak-kanak telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan, dan daripada Universiti Malaya untuk sumbangannya dalam bidang pendidikan.


Elaine Foster merupakan pengasas Poetry Cafe KL, penggiat seni ungkapan kata, pemuisi dan pendidik dalam bidang penulisan dan persembahan berkaitan dengan puisi. Melalui PCKL, Elaine telah menganjurkan bengkel penulisan, sesi bacaan puisi, dan acara ‘poetry slam,’ drama dan teater untuk penonton yang pelbagai. Beliau juga giat menyediakan dan mengajar kurikulum yang mengetengahkan puisi, persembahan dan penyampaian cerita untuk perkembangan minda kanak-kanak, sekaligus memupuk cinta mereka terhadap bahasa.