Little Kingdom – Kembara Taman Tema Pendidikan

Little Kingdom – Kembara Taman Tema Pendidikan

Little Kingdom ialah sebuah taman tema berasaskan ‘edutainment,’ atau berhibur sambil belajar, dimana kanak-kanak bebas menikmati keriangan sebagai si cilik yang lincah dan cergas, manakala orang dewasa pula boleh menghidupkan kembali kenangan zaman kanak-kanak mereka.

Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di sini adalah:
i. Pembina cilik : Jurutera dan pakar sains muda bergabung tenaga untuk mempelajari bagaimana mesin dan jentera berfungsi, dan membina mesin bersama. Aktiviti ini akan memperkenalkan peserta kepada konsep asas fizik dan kejuruteraan, dan mengajak mereka mencintai sains.

ii. Konnichiwa, Nihon! : Sesi ini membuka minda kanak-kanak untuk mengenali budaya dari negara lain. Peserta akan mengenali negara tersebut dari aspek geografi, budaya dan bahasa, adat resam, sistem pengangkutan dan lain-lain. Peserta akan diberikan peluang untuk menghasilkan kraftangan serta mencuba permainan dan tarian tradisi mereka.

iii. Permainan mengasah minda : Kaedah Pgymalion berasal daripada ‘Japan Brain Development Course,’ atau Kursus Perkembangan Minda dari Jepun yang ditawarkan di Little Kingdom. Peserta akan mengenali dan mencuba permainan mengasah minda seperti Teka-Teki Tenchi (Tenchi Puzzle), Bongkah Kayu (Wood Blocks) dan Permainan Padanan (Matching Game).

iv. Little Fitness : Peserta akan diajar menari mengikut rentak lagu kanak-kanak yang riang dan menarik, selain mengasah kemahiran motor dan kebolehan mengikut irama dibawah asuhan jurulatih daripada Little Kingdom.