Food Hunt – Kembara Juadah Misteri

Food Hunt – Kembara Juadah Misteri

Dalam sesi ini, para peserta akan dibawa ke Parkson Food Park. Di sini, mereka berpeluang untuk menjadi detektif dan matlamat mereka adalah untuk mencari maklumat dan bahan-bahan masakan. Apabila tugas tersebut selesai, peserta akan dicabar untuk menjadi chef dan menyediakan Hidangan Pengembara menggunakan bahan-bahan yang dikumpulkan tadi.


Chef Imelda Harris yang dikenali menerusi program realiti Masterchef Malaysia Musim Pertama dan juga All Starts berasal dari Sarawak. Beliau telah menulis dua buku resipi iaitu “Secubit Garam, Sesudu Gula” dan juga “Chef All Stars” yang banyak mengetengahkan pelbagai resipi menggunakan bahan-bahan tempatan mahupun luar. Beliau juga banyak menghasilkan resipi untuk kanak-kanak yang pastinya sihat dan menarik untuk dinikmati.Selain dari program Masterchef, beliau juga turut serta di dalam TV Program Semanis Fondant dan rancangan memasak terbaru beliau “Cipta Rasa Rempah Ratus” yang bakal menghiasi TV anda tidak lama lagi.

Daftar Disini