Fiesta Sastera

Fiesta Sastera merupakan acara terbuka untuk orang ramai yang ingin merasai kemeriahan Festival Sastera Kanak-Kanak 2016 (FSK 2016). Di sini, para ibu bapa boleh berkenalan dengan sastera kanak-kanak tempatan, sambil menghayati keseronokan aktiviti-aktiviti sastera dan kraftangan bersama anak-anak mereka.

Untuk FSK 2016, Fiesta Sastera akan dikelolakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Fiesta Sastera mengetengahkan program yang bertujuan memartabatkan sastera kanak-kanak Malaysia ke tahap yang lebih tinggi, menguar-uarkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PNM kepada semua pengunjung serta memupuk semangat cintakan sastera di kalangan ibu bapa, yang juga berperanan sebagai pemangkin minat membaca dalam diri anak-anak mereka.

RUSA
Acara ini terbuka kepada umum dan kanak-kanak serta ibu bapa ber peluang untuk membuat aktiviti interaktif bersama anak-anak. Terdapat juga persembahan teater serta kebudayaan serta riang ria membaca.