Buku ‘Pop Up’

Buku ‘Pop-Up’

Peserta sesi ini akan belajar menghasilkan buku cerita, bermula dari mencipta jalan cerita dan ilustrasi mereka sendiri, dan akhirnya ditunjuk cara menghasilkan buku ‘pop-up’. Peserta akan bekerja dalam kumpulan untuk menyiapkan buku yang terdiri daripada tiga atau empat muka surat.


Teddy Fung, atau nama penanya Tedbearz, merupakan seorang penggiat seni lukis dan ilustrasi yang pernah melukis untuk beberapa terbitan buku. Beliau juga pernah melibatkan diri dalam seni persembahan sebagai pengarah animasi teater, pengarah video muzik dan pengarah seni animasi di Taiwan. Sekembalinya ke Malaysia, beliau mengasaskan sebuah studio kreatif seni iaitu Artzland, dan juga sebuah studio komik dalam talian untuk mengajar melukis manga, atau komik Jepun. Beliau juga bergiat aktif dalam mengajar seni kepada kanak-kanak.


Malerie Teoh merupakan seorang pereka fesyen yang mempunyai kelulusan dalam bidang berikut. Beliau berpengalaman luas dalam perekaan fesyen perkahwinan dan kostum, dan mengajar ilustrasi fesyen di Kolej New Era. Minat beliau dalam mengajar seni kreatif kepada kanak-kanak mendorongnya untuk membuka Artzland bersama Teddy Fung. Kerana pengetahuannya yang kukuh tentang bahan pengajaran yang berbeza, menjadi panduannya untuk mencipta metodologi pengajaran baharu dan tidak menghadkan kreativiti kanak-kanak