Bengkel Pengkaryaan Kanak-Kanak

Kembara Sastera: Menggilap Sinar Imaginasi

Perhatian pengembara-pengembara cilik! Ayuh meneroka dunia keriangan dalam Kembara Sastera. Sarungkan but di kaki dan ajak rakan-rakan anda untuk berkelana sambil menggilap sinar imaginasi!
Kembara Sastera memberi peluang anda sebagai Sang Pengembara untuk mendalami dunia seni persembahan puisi yang menakjubkan. Bengkel ‘spoken word’ memberi peluang kepada pengembara menggilap kebolehan anda untuk menyampaikan kisah-kisah yang bertemakan “Keamanan dan Keadilan.”

Keriangan berterusan di Lembah Cerita dan Kisah yang mempesonakan. Ikuti tunjuk ajar Cikgu Farhana untuk menggilap potensi anda sebagai penyampai puisi “Ungkapan kata” yang bertemakan “Tempat Tinggalku.” Di Lembah Cerita dan Kisah, para pengembara sastera juga boleh membina buku ‘pop-up’ dan melakar kisah anda yang bertajuk “Impian Saya”.

Destinasi seterusnya adalah Parkson Foodpark. Di sini, anda berperanan sebagai detektif dengan menyertai Kembara Juadah Misteri. Para pengembara akan menyusuri lorong-lorong di dalam Parkson Foodpark dan mencari bahan-bahan untuk menyediakan Hidangan Pengembara. Kemudian, Pengembara akan memakai topi chef dan merungkai misteri dengan menyediakan Hidangan Pengembara.

Pengembara akan melangsungkan perjalanan Kembara Sastera dengan menyurusuri perjalanan yang bersimpang-siur dan menjejakkan kaki ke Little Kingdom, lokasi pembelajaran yang menggabungkan keriangan, fantasi dan pengembaraan. Di Little Kingdom, para pengembara akan belajar mengenali negara yang jauh, tarian ‘aerobic,’ berjinak-jinak dengan permainan mengasah minda dan membina mesin yang mengembangkan imaginasi dan menggalakkan minat menimba ilmu.

Ayuh sertai Kembara Sastera!


Kanak-kanak berpeluang menghasilkan karya yang berupa pop-up book, skrip bercerita, aktiviti  Food Hunt, puisi dan komik semasa FSK berlangsung. 100 kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 10-11 tahun akan dipilih untuk bengkel pengkaryaan ini.

Daftar Disini

Rudy, buaya yang bercita-cita tinggi untuk menjadi chef yang terkemuka! Rudy girang menantikan peluang menemani Pengembara Sastera ketika mengikuti Kembara Juadah Misteri, ‘Food Hunt.’

Ria, arnab yang gemar bercerita dan membiarkan imaginasinya bebas berkarya. Ria mengajak teman-temannya di bengkel buku ‘pop-up’ untuk menghasilkan nukilan menarik yang akan menjadi kenangan abadi.

Rolly, ayam riang yang suka mengasah kebolehan bersuara jelas, yakin dan kreatif. Rolly menjadi teman para Pengembara Sastera yang cilik di bengkel ‘Spoken Word’ dan Ungkapan Kata.

Rika, harimau yang suka menunjukkan belang apabila berada di Little Kingdom. Rika tidak sabar untuk mencuba permainan mengasah minda dan mengenali segala aktiviti menarik yang terdapat di Little Kingdom.